Saturday, 28 April 2012

Paris..oh Eifill..


Aku teringin nak sampai ke sini...

Bila lar agaknye,...hanya masa yang akan menentukan sama ada aku sampai ke x.
ada orang nak sponsor ker?? haha,...dalam hati bergumil sendirian...

Oh paris,...the town of love~~
Adakah ada cinta kat sana?
atau aku membawa cinta bersama-sama ke sana...?
ke,...cintaku hanya untuk berada di sana!!

hikhik.....tak sabar for arriving there!!!

Wednesday, 4 April 2012

Kaedah Penyelesaian Masalah


Terdapat empat ciri penting dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan (Francis, 1990).
1.      Motivasi yang kuat
·         Bersikap positif
·         cuba mengatasi segala masalah yang dianggap sukar oleh orang lain
·         tidak dilemahkan oleh masalah dan kesukaran
·         kemenangan adalah idaman mereka
·         melihat masalah sebagai bersifat sementara
·         percaya masa hadapan yang cerah
·         tidak cepat mengaku kalah

2.      Trait yang positif
·         Emosi yang stabil
·         Bekerjasama dengan orang lain untuk capai kejayaan
·         Tidak mudah bosan dalam menyelesaikan masalah

3.      Jati diri
·         Yakin walaupun tidak pasti
·         Mengikut keadaan dalam berhadapan dengan situasi bermasalah

4.      Membina kemahiran
·         Menghadiri bengkel pengurusan masalah


Kategori masalah
1.      Misteri
Ø  situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku.
Ø  Contoh: Ahli saintis tidak dapat kenalpasti punca sebenar letupan kapal angkasa.

2.      Tugasan (Assignment)
Ø  kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan.
Ø  Contoh: tugasan dalam penjadualan, peruntukan sumber, dan kriteria kejayaan

3.      Kesukaran (Diffuculties)
Ø  berlaku kerana dua sebab: samada kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.
Ø  kesukaran dibahagikan kepada dua kategori
§  subjektif
§  objektif

4.      Peluang (Opportunities)
Ø  peluang ialah ia akan membawa keuntungan.
Ø  kita harus mengambil setiap peluang yang ada untuk mendapat keuntungan.

5.      Tidak pasti ( Puzzles)
Ø  di dalam beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul

6.      Dilema
Ø  situasi dimana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.


Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik.
Terdapat lapan langkah dalam penyelesaian masalah secara saintifik dan logik, iaitu;
1.      mendefinisikan masalah.
2.      mengkelaskan masalah.
3.      tentukan objektif.
4.      tentukan ukuran kejayaan.
5.      kutipan data.
6.      membuat keputusan.
7.      melaksanakan keputusan yang diambil.
8.      penilaian.

Penyelesaian Secara Saintifik.
menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti berikut:
1.      mengadakan hipotesis
2.      mengumpul maklumat.
3.      membuat kesimpulan.

Penyelesaian Secara Kreatif/lateral
Ø  tidak bersikap kritikal seperti kaedah logik, kaedah secara kreatif atau lateral lebih suka menunda penilaian tanpa mempedulikan betul atau salah.
Ø  bukan menganalisis punca sebaliknya mencipta penyelesaian yang dianggap lebih membawa keuntungan.
Ø  bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.

Penyelesaian Melalui Perasaan.
1.      kebolehan mengetahui emosi sendiri.
2.      kebolehan dalam pengurusan emosi.
3.      kebolehan meningkatkan motivasi.
4.      kebolehan mengenal emosi orang lain.
5.      kebolehan menjalin persaudaraan.

Penyelesaian Secara Islam
1.      Pendekatan Hukum
Bentuk pendekatan islam adalah bersifat rasional dan intelektual:
Ø  Darurat
Ø  Penyakit
Ø  Gila
Ø  Pengsan
Ø  Usia tua
Ø  Cacat mental
2.      Pendekatan sufi
Bersifat moral dan spiritual.

Friday, 9 September 2011

Kamu Adalah Cinta

Cintaku… 
Saat pagi menjengah
Kerinduan mula memaut hatiku
Menemani di kala subuh ku
Memberi semangat untuk meniti hari-hariku
Ku sedar itu
Inginkan cinta pelukan rasa
Dirimu pun begitu
Saling merindu pada saat ini
Tak sedar matahari menemani

Cintaku…
Walaupun kita ada haluan sendiri
Namun kita pernah berjanji pada hati
“kita adalah satu”
Walaupun dibebani dengan ujian
Kita pernah berkata
“kita mampu harunginya”
Walaupun masa tak mengizinkan kita
Percayalah,….
“cinta kita tak pernah lupa”

Cintaku…
Dikala senja menjengah
Burung berterbangan kembali ke sarangnya
Bulan sedia menggantikan matahari
Bagai ditetapkan waktu dan saatnya
Begitulah norma kehidupan
Telah ditentukan olehNya
Begitu juga dalam bercinta
Ada pasang surutnya
Namun
Bila kita percaya pada hati
Semua masalah senang untuk kita harungi.

Cintaku…
Apabila malam menguasai
Dirimu tetap kumiliki
Dalam pelukan dinginku kau hadir
Menenangkan jiwaku yang kusut
Sungguh indah cintaku...